Sambutan Cicakman 2: Planet Hitam

Kutipan pecah panggung

Filem ini berjaya memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM1.3 juta dalam tempoh 4 hari tayangan perdana rasmi.[40] KRU mensasarkan bahawa Cicakman 2 mampu meraih kutipan sebanyak RM3 juta.[41] Bagaimanapun, kutipan filem ini gagal menyaingi kutipan filem pertama apabila hanya berjaya mencapai kutipan pecah panggung sebanyak RM 2.7 juta.[42][43]

Ulasan kritis

Filem ini menerima ulasan yang rata-ratanya positif daripada pengkritik filem. Menulis untuk Berita Harian, Farihad Shalla Mahmud memberikan ulasan positif untuk filem ini sambil berpendapat ia "sarat aksi".[44] Suzan Ahmad dari Berita Minggu memuji filem ini dan menulis "...Kalau dikatakan kemunculan siri kedua filem superhero Cicakman tidak mengundang perbandingan di kalangan pengkritik dan pencinta filem semasa mereka yang kaki wayang terutama remaja dan kanak-kanak. Tidak kurang juga harapan untuk melihat hasilnya kali ini tampil lebih berbeza dan menghiburkan cukup tinggi...".[45] Nurul Ain Mohd Hussain, menulis untuk mStar Online menghuraikan filem ini sebagai "karya terbaik KRU".[46] Hafidah Samat dari New Straits Times juga memuji filem ini dan memberi ulasan yang baik.[47] Sharmila Billot, juga menulis untuk akhbar sama berpendapat filem ini "penuh aksi dengan kesan khas yang lebih baik".[48] Wahiduzzaman, menulis untuk Cinema Online memberikan penarafan 3 daripada 5 bintang untuk filem ini, dan menulis: "Tidak kira apa yang dikatakan oleh sesiapa tentang Cicak-Man, komedi aksi itu tetap menjadi pesaing terbesar untuk filem blokbuster tempatan 2008. Jika anda meminati Cicak-Man, yang ini pastinya merupakan persembahan yang tidak boleh dilepaskan!".[49]

Rujukan

WikiPedia: Cicakman 2: Planet Hitam http://krusingapore.blogspot.com/2007_08_01_archiv... http://cicakman.com/cicakman2/main.html http://www.imdb.com/title/tt1483347/ http://movies.my.msn.com/article.aspx?cp-documenti... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/H... http://cinemamalaysia.com.my/film/news/?id=Cicakma... http://cinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Kel... http://cinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Tun... http://api.hmetro.com.my/node/39489 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d...